Tuesday, December 23, 2008

Debat KJ dan Husam Musa di Kelantan

KJ telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengambil bahagian sebagai ahli panel bersama YB Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan serta Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa, dalam debat berbentuk wacana di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan pada 20 Disember 2008. Bagi huraian dan laporan pengamatan yang lebih lanjut, disertakan di bawah dua artikel tulisan Ketua Pengarang akhbar Siasah, Saudara Mohd Sayuti Omar.

Pusingan Pertama: Khairy Sanggah Pandangan Husam [Bahagian Pertama] WACANA Tranformasi Politik Malaysia yang berlangsung di Balai Islam Lundang semalam seperti dijangkakan mendapat sambutan hebat. Kedua pihak nampaknya mengerah kumpulan sorak masing-masing. Paling ketara ialah dipihak Pas, di mana angkanya lebih ramai dari penyokong BN yang dianggar kurang 300 orang. Dianggarkan lebih 5,000 yang hadir memenuhi balai Islam Lundang. Satu skrin khas juga dipasang di luar dewan untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat masuk. Wacana itu yang diuar-uarkan akan disiarkan secara langsung melalui website tidak menjadi kenyataan menyebabkan ramai yang kehampaan. (Apakah web tv Kelantan sudah ditutup?). Wacana itu adalah pertama kali diadakan melibatkan dua tokoh menjadi sebutan dan yang berlainan parti, iaitu Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Seorang lagi panelis ialah Pensyarah Kuliyyah Undang-undang UIA yang juga pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari. Manakala pensyarah UKM, Mohamad Agus Yusuf bertindak menjadi perantara. Kehadiran Aziz boleh dianggap sebagai ‘penutralize’ keadaan saja dengan memberi pandangan dari konteks perundangan dan perlembagaan negara. Wacana bermula tepat jam 9:30 malam dengan dimulakan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa. Format wacana ialah setiap panel diberikan masa 15 minit untuk membentang hujah masing-masing, kemudian menjawab soalan yang dikemukakan oleh perantara dan ketiga menjawab soalan hadirin dan kemudian menggulung hujah. Sebagai tuan rumah dan bermain dalam gelanggang sendiri, penampilan Husam tidak membimbangkan. Penyokongnya (penyokong Pas) yang ramai menjadikan Husam tampil penuh keyakinan dengan hujah-hujahnya yang sering berdasarkan fact dan figure. Manakala tepukan, sorakan dan takbir akan memberi markah kepadanya. Beliau memulakan pembentangan hujah dan pentafsiran tajuk wacana dengan mengambil pendekatan dan stail idolanya Nik Abdul Aziz Nik Mat. Husam membaca firman Allah swt yang menceritakan bahawa bumi ini diamanahkan kepada orang yang salih untuk mentadbirnya. Mesej Husam bahawa mereka yang bertaqwa, tidak rasuah, tidak makan duit dan mengambil politik Islam dijamin atau berhak mentadbir bumi ini. Kemudian beliau terus memasuki ke orbit tajuk iaitu mentafsirkan transformasi politik. Menurut Husam tranformasi politik sesuatu yang fitrah. Maknanya tranformasi politik berlaku di dalam dan di laur mana-mana parti juga. Apa yang hendak disampaikan bahawa ahli Pas juga harus bersedia menerima perubahan itu daripada mengamalkan pendekatan lapok kepada pendekatan baru atau moden termasuk matlamat menghalalkan cara. Namun sebagai parti berideologikan Islam apa juga perubahan mestilah bertunjangkan kepada Islam. Dalam menghuraikan transformasi politik dari sudut mindanya ada lima (P) yang menjadi asas. Ia adalah prinsip, polisi, plan, personaliti dan parti-parti. Prinsip yang dimaksudkan ialah prinsip Islam manakala personaliti pula ialah ahli politik yang bertaqwa. Dari pengamatan Husam hasil pilihan raya umum ke 12 lalu merupakan satu permulaan transformasi politik di negara. Di mana dalam transformasi itu ia telah mengubah kedudukan dan memusnahkan hegemoni Umno dan BN. Beliau yakin perubahan itu akan melonjak lagi pada masa akan datang berdasarkan sokongan bukan Melayu kemudian akhirnya menyebabkan BN dan Umno akan tumbang dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan. Kesimpulan pada pusingan pertama Husam merumuskan Umno di dalam keadaan sakit dan tenat dan ia tidak dapat diperbaiki lagi ini didasarkan kepada pengakuan para pemimpin Umno dan BN sendiri.Memandangkan hujah permulaan Husam itu cukup menyakinkan menyebabkan para hadiri berdebar menanti bagaimanakah permulaan Khairy untuk mengemukakan hujah-hujahnya dan pentafsiran terhadap topik wacana. Para penyokong Pas yang menanti masa untuk menyorak apa-apa kelemahan dan kesilapan bakal dilakukan Khairy. Bagaimana pun apa yang dijangkakan tidak menjadi. Khairy memulakan perbicaraanya dengan sesuatu yang merujakan para hadirin. Sebaik Khairy memulakan dengan memberi salam sudah kedengaran suara menjerit mempersendakan Khairy; kenapa ringkas sangat! Maksudnya muqadimah Khairy tidak sehabat Husam yang membaca ayat Quran dan doa dalam bahasa Arab ala-ala tok imam membaca khutbah pada hari Jumaat atau hari raya korban. Namun apabila Khairy turut membaca sepotong firman Allah yang menceritakan tanggungjawab menjaga dan memikul amanah semua hadirin terdiam dan tidak percaya apa yang berlaku. Ternyata sekali tindakan Khairy itu mengejutkan hadirin termasuk Exco dan beberapa orang wakil rakyat Pas termasuk para ustaz. Sekiranya tujuan Husam membaca Quran untuk memasungkan langkah Khairy ternyata senjata itu tidak mujarab. Sesuai dengan tema ayat yang dibacanya, Khairy mengaitkan apa yang dilaksanakan oleh BN hari ini ialah kerana melaksanakan amanah yang Allah berikan. Misalnya pembentangan rang undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysai,(SPRM) Suruhajaya Perlantikan Hakim (SPH) dan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah sebagai amanah BN dan ia merupakan tranformasi politik yang telus dan terbuka. Tanggapan Husam mengatakan pilihan raya lalu merupakan transformasi yang mengubah Umno dan BN, disanggah Khairy. Katanya beliau mengakui tsunami politik yang berlaku itu tetapi memperingatkan secara jujur tsunami itu juga turut menempiaskan Pas. Katanya Pas kena ingat realiti dan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat hari ini adalah kecil. Pas menjadi parti kecil. Hujahnya kalau tahun 1999 Pas menjadi ketua Pembangkang, tetapi kali ini jawatan itu diambil oleh Keadilan yang pada tahun (2004) hanya menang satu kerusi saja. Begitu juga katanya Pas tidak boleh berbangga dengan pembentukan kerajaan di Perak kerana hakikatnya DAP yang berkuasa. Khairy juga mempertikaikan apakah perubahan mood pengundi dalam pilihan raya dulu sesuatu yang benar ataupun ianya dibuat kerana protes? Perkembangan itu katanya harus dikaji secara terperinci. Menurut calon Ketua Pemuda Umno itu kalau ianya protes ia akan berubah di mana bila masalah yang diprotes itu selesai pengundi akan kembali semula kepada BN. Aziz Bari yang tampil kemudian pada itu nampaknya bersetuju dengan pandangan Husam bahawa keputusan (tranformasi) dalam pilihan raya itu satu tranformasi. Menurutnya dalam politik tidak ada istilah protes. Mengenai perubahan dalam Pas katanya samada ada kumpulan Erdogan ia adalah sesutau yang baik. Perubahan baik di dalam dan luar dalam politik ia satu kebaikan (Sumber : msomelayu.blogspot.com)

Husam Terperangkap Dalam Jerat Sendiri (Bahagian 2 dan akhir)
SELEPAS membelasah Umno dan beberapa tindakan tranformasi politiknya yang dianggap kulitan – gimik seperti pembentangan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Perlantikan Hakim (SPH) serta pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Husam membangkitkan politik dosa dan pahala yang dilupakan atau tidak dititikberatkan oleh Umno. Inilah juga menjadi titik perbezaan besar antara Pas dengan Umno. Tegas Husam, kalau Umno bersedia mengambil kira politik dosa dan pahala (politik Islam) Pas akan menyokong Umno dan juga menyokong Khairy Jamaluddin sebagai calon ketua pemuda Umno. Apa yang dijelaskan Husam itu sekali lagi menurut sifir-sifir atau fatwa politik Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz. Nik Aziz dalam agendanya menolak Umno menggunakan alasan itu. Dari kacamata Nik Aziz Umno menolak Islam seperti mana Islam politik yang Pas fahamkan itu. Persoalan ini dibidas oleh Khairy dengan mempersoal balik apakah Pas juga tidak berada dalam zone makruh? Maksudnya di sini Pas juga bebas dari bermain dengan politik dosa dan bukan pahala semata-mata? Khairy menyinis apakah hukumnya pencampuran Pas dengan Pakatan Rakyat yang mengandungi parti yang tidak sama prinsip Islam seperti mana difahami Pas itu? Apa yang ingin diangkat Khairy apakah DAP itu tidak bergelombang dalam 'dosa' seperti mana ditafsirkan Pas itu maka Pas boleh berkawan dengan DAP membentuk kerajaan bersama? Dalam masa lain Husam menjelaskan kononnya pemahaman Islam oleh DAP lebih baik daripada Umno. Dakwa Husam DAP lebih faham Islam daripada Umno! MasyaAllah! Beliau menyatakan ketertegunan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap pendekatan dan stail pemerintah Khalifah Umur Abdul Aziz sebagai buktinya. Untuk rekod Guan Eng beberapa kali menceritakan yang beliau membaca kehebatan Umur Abdul Aziz sebagai seorang khalifah yang adil dan saksama. Bagi Pas langkah Guan Eng itu dianggap sebagai Guan Eng menerima konsepi dan prinsip pentadbiran Umar Abdul Aziz. Satu lagi isu yang memberi bidasan balik kepada Naib Presiden Pas itu ialah apabila beliau mengkritikan Umno yang bersikap arrogant (sic) of power? Husam memberi contoh bagaimana Khairy menggelarkan para demonstrasi jalanan anjuran Bersih dulu sebagai monyet-monyet, manakala sewaktu pilihan raya dikecil Permatang Pauh, Khairy mencanangkan ingin menguburkan politik Anwar Ibrahim. Bagai Husam tindakan dan kata-kata Khairy itu sebagai arrogant of power. Politik angkuh dengan memiliki kuasa besar. Pandangan bersifat peribadi itu dibalas oleh Khairy dengan mempersoalkan apakah janji Anwar untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September bukan arrogant of power? Sambil melihat jam di tangannya (date) kata Khairy kini sudah 20 Disember tetapi kerajaan yang dijanjikan itu masih belum ada. Bidasan Khairy itu menyebabkan Husam hilang tumpuan sehingga ditegur mediator. Ketika isu ini dibangkitkanlah keadaan dewan menjadi riuh rendah. Sorakan dan tepukan dari kedua pihak bersabung menghangatkan dewan. Keadaan menjadi bertambah hangat lagi apabila Khairy membangkitkan soal hudud yang mahu menguji apakah pendirian Pas (sebenarnya Husam) setelah bergabung dengan Pakatan Rakyat kini. Khairy bertanya apakah Pas bersedia melaksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan kelak? Pertanyaan itu tentu kompleks kerana aspirasi Pas itu begitu kontras dengan aspirasi DAP. Ternyata persoalan itu kurang diminati Husam dan Husam tahu ianya satu perangkap. Namun hendak tidak hendak beliau terpaksa menjawabnya sambil menempelak balik kepada Khairy dengan meminta Khairy membawa persoalan hudud itu ke dalam Umno. "Iya kita akan laksanakan (hudud) tetapi kalau saudara ikhlas nak perjuangkan hudud saudara bawa dalam perhimpunan agung Umno," begitu kira-kira balas Husam disambut sorakan dan tepukan bergemuruh. Aziz Bari yang banyak menjadi pemerhati dan menyokong kenyataan Husam dengan menjelaskan soal jenayah (hudud dan qisas) itu tanggungjawab kerajaan Pusat. Sikap dan kecenderongan yang jelas Aziz kepada Pas dalam wacana itu kurang disenangi oleh penyokong BN yang beberapa kali menyoraknya. Di sini Khairy terpaku sekejap dan tidak dapat memberi jawaban terhadap persoalan Husam yang cuba melepaskan diri daripada persoalan yang dibangkitnya itu. Khairy tidak memberi jaminan soal hudud akan dibincangkan dalam Umno. Keadaan ini menyebabkan Khairy pula yang terperangkap. Bagaimana pun malam itu Khairy berjaya meletakkan Husam dalam keadaan serba salah dengan persoalan arrogant of power, dosa pahala dan hudud, dan selepas ini ia bakal menimbul polemik dalam Pakatan Rakyat dan isu hudud itu pasti akan dijadikan isu murahan oleh Umno pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu nanti. Tentu! Penilaian terhadap wacana. Keseluruhan wacana itu tidak mencapai matlamat untuk mendedahkan idea ataupun mekanisme transformasi politik yang memberi kebaikan kepada bangsa bangsa Melayu dan Islam. Tidak ada kesimpulan atau resolusi dari wacana itu yang mengemukakan bagaimana cara untuk mencapai kata sepakat dalam politik. Kedua pihak terus menengak benang basah antara satu sama lain dengan nawaitu wacana untuk menjatuhkan antara satu sama lain di hadapan penonton. Abdul Aziz pula juga tidak berperanan seperti diharapkan memberi formula pembaikian politik yang lebih positif dalam mencapai kematangan politik. Beliau lebih menyalahkan sikap kerajaan kerana terlalu banyak menyalahgunakan demokrasi. Persoalan yang diajukan oleh seorang hadirin perempuan yang mahu satu gagasan atau kaedah untuk melihat suasana kondusif dalam politik orang Melayu tidak terjawab oleh sesiapa? Wacana itu hanya mempamirkan keegoaan masing-masing dan menjadi medan untuk mengulangi kritikan antara satu sama lain yang pernah disajikan sewaktu kempen pilihan raya. Bagaimana pun ia satu menu politik menarik selepas musim banjir di Kelantan. Dari segi profesional atau gaya pedebatan, Husam agak emosi dan tertekan berbanding Khairy yang datang sebagai tetamu banyak merendah diri dan bersikap terbuka dan apologetik kepada Nik Aziz. Khairy jelas membuat persiapan baik secara fakta dan minda untuk berdepan dengan ribuan penyokong Pas. Keikhlasan terserlah kepada Khairy baik dalam memberi hujah atau harapan untuk mematangkan proses politik khasnya antara Umno dengan Pas. Husam nampak mahu mengambil kesempatan dari wacana itu bagi menimbulkan kebencian publik kepada Khairy dan bukan mencari titi temu dengan Umno secara profesional dan jujur. Ini jelas apabila Khairy secara terbuka (seloroh) menyatakan sokongan kepada Husam jika Exco itu bertanding presiden Pas di balas oleh Husam dengan menegaskan beliau tidak akan menyokong Khairy untuk ketua pemuda (juga berseloroh). Husam juga malam itu agak emosi dan tidak berjaya menahan daya intelektualnya apabila mencabar penyokong BN naik sendiri ke atas pentas apabila beliau disorak oleh mereka. "Apa saudara tidak yakin dengan wakil saudara, mari naik sendirilah atas pentas," begitu kata Husam sambil memalingkan muka ke arah kumpulan penyokong Khairy. Mengenai telatah hadirin, mungkin segelintir hadirin fanatik dan emosional tidak layak berada dalam majlis wacana berkelas ilmiah seperti itu. Apapun sorakan dan cemuhan dari kalangan penyokong kepada Khairy kesediaannya hadir itu satu keberanian dan beliau memperolehi political mailage yang cukup baik. Belum tentu kalau calon ketua pemuda lain Mukhriz Mahathir dan Mohamad Khir Toyo dipanggil mereka bersedia untuk datang. Secara keseluruhannya baik dari segi keberanian, gaya berhujah, semangat untuk berwacana jelas Khairy boleh diberi 57% manakala Husam 43%. Peratus ini tanpa menolak peratus untuk seorang lagi ahli panel. Kepada penganjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri patut diberi pujian atas usaha mengadakan wacana itu. Mungkin pada masa akan datang perlu diperbaiki sedikit sebanyak kelemahan yang ada.(Sumber : msomelayu.blogspot.com)

Apa pandangan anda???

Thursday, October 30, 2008

MANJANYA MEREKA
















MARI MENYANYI BERSAMA ANWAR IBRAHIM!

Apa kata pengkritik?sesuai tak masuk AF7?

Tekan butang PLAY untuk berhibur bersama Anwar Ibrahim.

PEMBANTU KHAS TERBARU ANWAR

Namanya Rahimi Osman juga adalah Timbalan Pengerusi AIC dan pengendali blog Harapan Baru Malaysia.
P/S : Lihat silangan kakinya yang menarik


GAMBAR LOW SIEW MOI PKNS

Sudah kekurangan anak Melayukah untuk di lantik sebagai Pengurus Besar PKNS?
Lihat wajah yang penuh ciri-ciri bangsa pendatang..


KISAH KEBIADAPAN SURAT SEORANG INDIA PADA PEGAWAI DAERAH MELAYU

Double klik untuk imej yg lebih jelas.


TERIMA KASIH KEPADA ANDA!

Assalamualaikum,


Pihak kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anda yang menyokong kuat blog ini dan diharapkan perjuangan kita untuk merampas kembali Perak di tangan orang Melayu sepenuhnya kembali akan berhasil.

Segala kritikan dan komen anda akan kami pertimbangkan sedalamnya.Dan kami juga berharap anda dapat menyumbang idea,pandangan dan artikel yang difikirkan berguna untuk kita kongsi bersama di dalam blog ini.Segala perbezaan idealogi dan pendapat akan kami ambil sebagai cabaran asalkan niat asal supaya Perak dikuasai kembali oleh orang Melayu tercapai.

Segala artikel atau rencana yang ingin anda siarkan di dalam blog ini bolehlah diemailkan kepada umnopengkalan@gmail.com untuk penyiaran.


BLOG KAMI,BLOG ANDA!

HIDUP UMNO!HIDUP MELAYU!

KAMI ANTI POLITIK WANG!


Sebagai menyokong usaha pihak-pihak blogger UMNO dalam memerangi unsur politik wang, pihak kami ingin turut serta dengan memaparkan logo ini dan diharap blogger lain juga turut memaparkan logo ini sebagai simbol kita memerangi rasuah politik dalam apa juga bentuk pun!

Hidup UMNO!

Sunday, October 19, 2008

Kepada Yang Ingin Menyertai UMNO

Assalamualaikum,

Kepada mereka yg berminat ingin menyertai UMNO cawangan Halaman Pengkalan Sentosa ,Ipoh, Perak bolehla menghantar email kepada umnopengkalan@gmail.com untuk pertanyaan lanjut dan borang kemasukan.
Terima Kasih.

Selamat Datang ke Blog UMNO cawangan HALAMAN PENGKALAN SENTOSA,IPOH,PERAK